Friday 2 December 2011

Puasa Ramadhan

Pengertian Puasa
 
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan.


Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan: 
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. 
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Dalil Naqli yang tertulis di dalam Al-Quran
                                                          
Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Hukum Berpuasa

Berpuasa pada bulan ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Tahun Disyariatkan Berpuasa
10 Syaaban tahun ke - 2 hijrah.

Rukun Puasa

Niat
a)Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :  
                         
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

b)Menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.



Syarat Wajib Puasa
a)Islam
b)Baligh
c)Berakal
d)Mampu berpuasa / berupaya (sihat)
e)Bermukim


Hikmah Penentuan Syarat-syarat Wajib Dan Rukun Puasa
Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Contohnya Islam telah menentukan syarat wajib dan rukun puasa. Antara hikmah ditentukan perkara tersebut adalah untuk :

a)Menetapkan had umur bagi orang yang wajib berpuasa. 
b)Memberikan keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya.
c)Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur.

Syarat Sah Puasa
a) Islam
b) Mumaiyiz
c) Berakal
d) Suci daripada haid dan nifas
e) Berpuasa pada hari-hari yang diharuskan- Sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri/AidilAdha, hari syak ( 30 Syaaban ), dan ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah) 


Perkara-perkara yang membatalkan puasa
a)Makan atau minum dengan sengaja
b)Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
c)Muntah dengan sengaja
d)Bersetubuh pada siang hari
e)Keluar mani dengan sengaja
f)Keluar darah haid
g)Nifas atau wiladah
h)Gila
i)Pitam atau pengsan sepanjang hari
j)Murtad


                                      Video Makropengajaran
   
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Perkara Sunat Ketika Berpuasa
     Antara amalan sunat ketika berpuasa ialah :
a)     Membaca Al-Quran
b)     Bersedekah
c)      Melewatkan bersahur
d)     Menyegerakan berbuka
e)     Membaca doa ketika berbuka
f)        Mulakan berbuka dengan buah tamar atau makanan manis
g)     Mendirikan solat sunat tarawih

Adab Berpuasa
    Antara adab-adab ketika berpuasa ialah :
a)     Mengelakkan pembaziran.
b)     Memelihara anggota daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
c)      Tidak terlalu banyak tidur pada siang hari.
d)     Bersederhana dalam menyediakan makanan berbuka puasa.

0 comments:

Post a Comment