Saturday 10 December 2011

Puasa Ramadhan

Tahukah adik-adik kenapa kita perlu berpuasa ?
Kita berpuasa adalah kerana menunaikan rukun Islam yang ketiga. Sebagai seorang Islam, kita wajib melaksanakan segala perkara yang terkandung di dalam Rukun Islam apabila telah cukup syarat-syaratnya.

Mari adik-adik,
Mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadah puasa.


Apakah pengertian puasa yang adik-adik tahu ?


Pengertian Puasa dari segi bahasa dan istilah
          Pengertian puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara-perkara  yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari.

Dalil Naqli  dari Al-Quran tentang kewajipan berpuasa   
                                                                           
Firman Allah Ta’ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Hukum Kewajiban Berpuasa


Apakah hukumnya kita berpuasa ?
Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga. Maka hukum berpuasa adalah wajib ke atas setiap orang Islam yang telah cukup syarat-syaratnya.

Tahun Disyariatkan Berpuasa


Bilakah Puasa Ramadhan telah diperintahkan oleh Allah s.w.t ?
Puasa Ramadhan mula disyariatkan pada 10 Syaaban tahun ke- 2 Hijrah.


Tahukah adik-adik berapakah rukun puasa ?


Rukun Puasa mengandungi dua perkara iaitu :
a)     Niat

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :                           
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
 Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan  tahun ini kerana Allah Taala.
b)                                                                                                                                                                                                                    Menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Info penting !!!
          Rukun puasa ini perlu dipatuhi dan dilaksanakan supaya puasa kita sah dan diterima Allah s.w.t. Sekiranya tidak melaksanakan salah satu daripadanya maka puasa kita akan batal dan tidak sah.


Apakah yang dimaksudkan dengan syarat wajib puasa ?
Syarat wajib puasa merupakan kriteria-kriteria yang perlu dimiliki oleh seseorang muslim yang mewajibkan baginya melaksanakan ibadah puasa. Sekiranya dia tidak berpuasa maka akan mendapat dosa.

Syarat Wajib Puasa iaitu :
a)  Islam – tidak wajib kepada orang kafir.
b)  Baligh – kanak-kanak tidak wajib berpuasa.
c)  Berakal – tidak wajib kepada orang gila.
d)  Mampu berpuasa / berupaya (sihat)
e)  Bermukim
       

Info penting !!!
Sekiranya tidak cukup syarat-syarat ini maka seseorang itu tidak diwajibkan berpuasa . Walaubagaimanapun  kanak-kanak digalakkan untuk berpuasa sebagai latihan kepadanya.         


Hikmah Penentuan Syarat-syarat Wajib Dan Rukun Puasa
          Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Contohnya Islam telah menentukan syarat wajib dan rukun puasa. Antara hikmah ditentukan perkara tersebut adalah untuk :
a)     Menetapkan had umur bagi orang yang wajib berpuasa.
b)     Memberikan keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya.
c)      Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur.

Apakah syarat sah puasa ?
Syarat Sah Puasa ialah :
a)     Islam
b)     Mumaiyiz
c)      Berakal
d)     Suci daripada haid & nifas
e)     Berpuasa pada hari-hari yang diharuskan- Sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri/AidilAdha, Hari Syak ( 30 Syaaban ), dan ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah)

                        
                                                     ( Ibadah korban )

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Tahukah adik-adik !!
Sepanjang bulan Ramadhan, di samping mengerjakan ibadah puasa kita juga digalakkan  melaksanakan perkara-perkara sunat bagi mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Perkara –perkara Sunat Ketika Berpuasa
     Antara amalan sunat ketika berpuasa ialah :
a)     Membaca Al-Quran
b)     Bersedekah
c)      Melewatkan bersahur
d)     Menyegerakan berbuka
e)     Membaca doa ketika berbuka
f)       Mulakan berbuka dengan buah tamar atau makanan manis
g)     Mendirikan solat sunat tarawih
     
 Tahukah adik-adik !!
Rasulullah s.a.w. berbuka dengan memakan tiga biji buah tamar dan minum    segelas air sejuk.
                                                                   ( Maksud Hadis )


Tahukah adik-adik tentang adab-adab berpuasa yang perlu kita patuhi ?

Adab Berpuasa
     Antara adab-adab ketika berpuasa ialah :
a)     Mengelakkan pembaziran.
b)     Memelihara anggota daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
c)      Tidak terlalu banyak tidur pada siang hari.
d)     Bersederhana dalam menyediakan makanan berbuka puasa.

Info penting !!!
            Kita hendaklah menjaga adab-adab berpuasa supaya puasa kita sempurna dan tidak sia-sia.

Awas adik-adik !!!
 Perkara-perkara yang membatalkan puasa
a)     Makan atau minum dengan sengaja
b)     Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
c)      Muntah dengan sengaja
d)     Bersetubuh pada siang hari
e)     Keluar mani dengan sengaja
f)       Keluar darah haid
g)     Nifas atau wiladah
h)     Gila
i)        Pitam atau pengsan sepanjang hari
j)        Murtad


Ingatan untuk adik-adik !!
Kita hendaklah berjaga-jaga dan beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa sepanjang hari mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan seperti haid, nifas, pitam dan gila.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Sempurna

Friday 2 December 2011

Puasa Ramadhan

Pengertian Puasa
 
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada sesuatu. Manakala puasa dari segi istilah syarak pula bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari yang di sertakan dengan niat . Puasa juga merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim pada bulan Ramadhan.


Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan: 
  1. Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum. 
  2. Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
  3. Puasanya orang istimewa, seperti khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan.

Pembahagian di atas memberikan umat Islam ruang untuk berfikir dan menelaah tingkat manakah mereka berada.

Dalil Naqli yang tertulis di dalam Al-Quran
                                                          
Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Hukum Berpuasa

Berpuasa pada bulan ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Tahun Disyariatkan Berpuasa
10 Syaaban tahun ke - 2 hijrah.

Rukun Puasa

Niat
a)Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :  
                         
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

b)Menahan diri daripada makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.



Syarat Wajib Puasa
a)Islam
b)Baligh
c)Berakal
d)Mampu berpuasa / berupaya (sihat)
e)Bermukim


Hikmah Penentuan Syarat-syarat Wajib Dan Rukun Puasa
Setiap perkara yang ditetapkan oleh Allah itu ada hikmahnya. Contohnya Islam telah menentukan syarat wajib dan rukun puasa. Antara hikmah ditentukan perkara tersebut adalah untuk :

a)Menetapkan had umur bagi orang yang wajib berpuasa. 
b)Memberikan keringanan kepada orang sakit dan kurang upaya.
c)Memberikan peluang kepada orang yang berpuasa untuk bersahur.

Syarat Sah Puasa
a) Islam
b) Mumaiyiz
c) Berakal
d) Suci daripada haid dan nifas
e) Berpuasa pada hari-hari yang diharuskan- Sepanjang tahun kecuali hari raya Aidilfitri/AidilAdha, hari syak ( 30 Syaaban ), dan ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah) 


Perkara-perkara yang membatalkan puasa
a)Makan atau minum dengan sengaja
b)Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
c)Muntah dengan sengaja
d)Bersetubuh pada siang hari
e)Keluar mani dengan sengaja
f)Keluar darah haid
g)Nifas atau wiladah
h)Gila
i)Pitam atau pengsan sepanjang hari
j)Murtad


                                      Video Makropengajaran
   
Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa
Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit-pesakitnya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.
Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Perkara Sunat Ketika Berpuasa
     Antara amalan sunat ketika berpuasa ialah :
a)     Membaca Al-Quran
b)     Bersedekah
c)      Melewatkan bersahur
d)     Menyegerakan berbuka
e)     Membaca doa ketika berbuka
f)        Mulakan berbuka dengan buah tamar atau makanan manis
g)     Mendirikan solat sunat tarawih

Adab Berpuasa
    Antara adab-adab ketika berpuasa ialah :
a)     Mengelakkan pembaziran.
b)     Memelihara anggota daripada melakukan perkara yang dilarang dalam Islam.
c)      Tidak terlalu banyak tidur pada siang hari.
d)     Bersederhana dalam menyediakan makanan berbuka puasa.

Wednesday 30 November 2011

Cerdas Minda

1. Bina pengertian puasa yang lengkap berdasarkan rangkai kata berikut.
Puasa ialah ………………………………… daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari …………………………… hingga …………………….................



2. Kelaskan perkara-perkara yang berikut.






3. Kelaskan silang kata berkaitan dengan syarat wajib dan rukun puasa dalam tulisan jawi.




Sunday 27 November 2011

Koleksi Soal Jawab Tentang Puasa

Sumber : http://soaljawab.jais.gov.my/

TAJUK SOALJAWAB
HIT
Hukuman/denda dikenakan kepada yang melakukan persetubuhan (sah) di bulan Ramadhan 9539
Persoalan Puasa 9230
Membayar Kifarah 7992
Pertanyaan tentang hutang dan fidyah 8754
Puasa Qada' dan bayar Fidyah 26730
Permasalahan Fidyah 11557
Permasalahan haid dan puasa 9720
Pengsan semasa puasa 2711
Bersetubuh waktu siang Ramadhan 7830
Memberi makan minum kepada orang bukan Islam di bulan puasa 3503
Persoalan tentang fidyah puasa 4235
Satu cupak bersamaan 675 gram 7012
Makruh lambatkan mandi wajib 9215
Hukum Memakai Kanta Sentuh di Bulan Puasa 6169
Memberus Gigi Selepas Azan Subuh 8384
Menggunakan inhaler pada semasa berpuasa 5702
Kedudukan puasa wanita dalam keadaan haid 4110
Gastrik di bulan puasa 3630
Orang pitam sah berpuasa? 2013
Makan dengan tidak sengaja ketika sedang berpuasa 1891
Bersahur ketika azan subuh berkumandang 7040
Puasa dan mandi junub setelah terbit fajar 14321
Fidyah dan qada' puasa yang beberapa tahun ditinggalkan 5654
Pahala puasa sunat Rejab 9626
Hari-hari yang disunatkan berpuasa dalam Islam 12766
Niat sekali dalam puasa qada' 5792
Berpuasa dan berhari raya mengikut hari di Mekah 1873
Meninggalkan puasa kerana mengandung 5579
Waktu membayar fidyah puasa 3993
Antara puasa sunat dan puasa qada' 4723
Melakukan aktiviti renang ketika puasa 3001
Keluar air mani di bulan puasa 7152
Bersetubuh/berjimak di bulan puasa 10149
Puasa nazar 5790
Persoalan fidyah puasa 6892
Muntah semasa menjalankan ibadah puasa 4644
Hari-hari yang diharamkan berpuasa 54930
Cara menggantikan puasa kerana melahirkan anak 5001
Puasa sunat dijalankan serentak dengan puasa ganti?  12597